PMR 2009 Results Countdown


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Kertas Soalan Percubaan PMR 2009

Berita baik!!! Saya telah menjumpai sebuah blog yang mengandungi kertas-kertas soalan percubaan PMR 2009…hehehe… bagi guru- guru atau pelajar yang hendak mendapatkan kertas soalan percubaan 2009 sebagai persediaan tahun 2010. Anda boleh menekan gambar di bawah untuk ke blog yang dimaksudkan. Dalam laman tersebut telah menyenaraikan semua subjek PMR termasuk subjek pilihan. Malah kertas soalan telah diatur mengikut negeri tersendiri. Anda boleh download terus melalui blog tersebut.

Kertas Soalan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2007

Setelah berjam-jam mencari akhirnya jumpa juga… bukan senang nak cari laman web yang memberikan maklumat tentang kertas soalan PMR… apatah lagi nak mencari kertas soalan PMR yang sudah lama lepas… namun, alhamdulillah, syukur kepada tuhan, saya tetap dapat mencari beberapa laman web yang mengandungi kertas soalan PMR yang sebenar. Malah, laman web ini juga turut menyediakan kemudahan untuk memuat turunkan kertas soalan tersebut. Salah satunya adalah kertas soalan sebenar peperiksaan PMR 2007 seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda boleh menekan gambar di bawah untuk pergi ke laman web yang mengandungi kertas soalan tersebut.

Kertas Peperiksaan PMR Sebenar Dan Percubaan 2008

Laman web yang ditunjukkan di bawah merupakan laman web yang mempunyai kertas soalan sebenar pmr tahun 2008. Ketika sedang mendapatkan maklumat tentang kertas soalan PMR tahun lepas, saya rasa teringat pula pada rakan-rakan yang bersama-sama menduduki PMR ketika dalam tingkatan tiga. Apabila mendapat keputusan PMR, saya mendapat 7A 1B… walaupun sedikit kecewa kerana tidak dapat 8A dan memenuhi harapan ibu bapa, tetapi syukur kepada tuhan saya tetap mendapat 7A… Secara jujur, saya tidak belajar langsung sebelum ujian PMR menjelang… Jadi, kepada adik-adik yang bakal menghadapi PMR pada tahun 2010, saya doakan semoga awak semua berjaya dan jangan tak belajar langsung atau belajar last minute macam saya… Nanti dapat keputusan yang akan mengecewakan ibu bapa dan guru-guru…

Sambung balik pasal kertas soalan… laman web di bawah mempunyai maklumat tentang kertas soalan PMR 2008 dan seperti kertas soalan PMR 2007, laman web tersebut dapat print atau download kertas soalan peperiksaan mengikut subjek yang dikehendaki… semua subjek teras dan pilihan terdapat dalam laman web tersebut kecuali kemahiran hidup.

PMR 2008

Seterusnya, laman di bawah ini pula mengandungi kertas soalan percubaan PMR 2008 di setiap negeri Malaysia. Walaupun masih belum lengkap, tetapi masih tetap mempunyai kertas soalan PMR yang wajib dipelajari… Selain itu, laman web tersebut turut mempunyai maklumat yang mencukupi tentang kertas soalan percubaan SPM dan STPM.

Percubaan PMR 2008

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.